Doa
Ya Allah ... Ya Tuhan kami Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Ya Allah...Ya Rahman Ya Rahim.. Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu di atas Arsy Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Syurga Mu Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya... Isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya Ya Allah...Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.. Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam ta...